' eh dah 10.25 pagi? 'berkata sendiri..
kedengaran riuhan suara adik-adik yang sudah lama mengamati sinaran pagi.
selangakah ke luar bilik, mata si gadis melilau mencari ibu.. si gadis terpegun dan terpesona melihat ruang tamu dan dapur kemas dan tersusun.
si ibu hanya memandang anaknya dan si gadis turut membalas dengan pandangan kosong.
si ibu berterusan bekerja.
si gadis mengambil tualanya untuk membersihkan diri.Sambil menyanyi di dalam bilik mandi,terdengar percikan minyak..
monolog si gadis. 'ibu ni, dari tadi asik buat kerja..'
usai mandi dan berpakaian baharu, si gadis terus mendakap komputer ribanya.di ruang tamu.
ayah pula menonton berita sambil menjamah kudap-kudap.
tiba-tiba ibu datang mengerang kesakitan.. ibu mengadu kesakitan kepada ayah.
si gadis hanya memandang dan timbul rasa serba salah di dalam hatinya. ibu pun bangun terus masuk ke dalam bilik.
jam sudah 1.40petang. juadah makanan tengahari tidak disediakan lagi.
si gadis melihat ayahnya..'sian ayah.mesti lapar..penat.. lauk tak masak lagi.ibu pulak tak sihat...'
si gadis terus ke dapur.. 'adakah patut aku masak atau nak tunggu ibu..' si gadis dalam kebigungan..
melihat jam, jarum sudah hampir kepada pukul 2.. 'dah lewat ni..'sambil melihat lauk-lauk di dalam peti sejuk.
hati berkata turut berdoa,' ahh.. buat je la.. Ya Allah, ampunilah aku, kerana aku tidak mampu menjadi anak yang baik untuk orang tua ku, Ya Allah, kau permudahkan urusan ku...
tanpa melengahkan masa,si gadis terus memotong daging dan terusan melakukan tugas nya..
si adik datang. ' along.along masak ape? jawab si gadis. ' daging 'black paper'.. kenapa?'
si adik senyum 'tak ada apa, saja ja'
segalanya berlaku dengan perlahan tetapi terasa pantas. Hidangan siap!
si gadis mengemas meja dan hidangkan lauk dan nasi. lalu beliau memangil ayahnya dan adik-adik...
si gadis ke bilik, memanggil ibunya makan..
Puas si gadis melihat adik-adik nya, ayah dan ibunya. mereka makan penuh berselera..
si gadis bersyukur. Allah memudahkan urusannya..
tahniah si gadis, engkau berjya.
fikirklah yang terbaik untuk kau untuk menghadapi masa depan.
janganlah kau menunggu memanggil kau.pergi lah kepada mereka tanpa ragu-ragu.
cari lah tanggungjawab mu agar mereka menghargaimu..
dan kau mungkin juga akan menghadapi kelak di suatu hari nanti.
sesungguhnya kau dipilih untuk berkhidmat kepada mereka.
dan khidmatmu akan dibalas oleh Nya..
' dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu brsyukur,'( surah An-Nahl :77)
oh gadis, jadilah wanita.
persiapkan dirimu untuk ku menjadi ibu dan isteri pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment