Pages

Thursday, February 2, 2012

PERJALANAN : architravel KUALA KANGSAR


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM





Terima kasih sahabat kerna sama-sama bermusafir menghayati keindahan Tuhan. Alhamdullilah. Diri ni di temukan dengan sahabat yang baik dan KUAT BERJALAN. 

Memang sebelum exam kami merancang untuk berjalan-jalan. Konon nya architravel. Kami hanya merancang kecil-kecilkan kerana tidak confirm dengan sebaik nya. Terima kasih kepada Solehah sebab sanggup menjadi driver. Senang dengan Solehah sebab dia perancang perjalanan yang best. Ngee. Lagipun sememagnya di tahu selok belok jalan di Kuala Kangsar. Kerana dia pernah menetap di Perak, dan sekarang di Perlis.





Saya, Solehah , AIn, Shu, Hanis, dan Balqis. Walaupun hanya sewa Myvi, nasib baik semua badan kecil-kecil. MUAT!

Alhamdullilah. Kami tiada masalah semasa perjalan. Cuma masa yang sangat padat. Kerana hari Jumaat. Banyak yang tutup pada waktu zohor dan akhirnya kami mengahabiskan masa di taman permainan kanak-kanak KK.

Indahnya kuala kangsar, bandar Diraja Perak. Pokok-pokok di sepanjang jalan menyegarkan. CANTIK. Terpesona melihat pokok. Sememangnya saya fanatik pokok. Teruja. Haha.


Pagi-pagi lagi kami bersiap dan Solehah settle kan kereta sewa. Selapas sarapan di Bandar U kami terus bertolak. Dan sampai dalam pukul 12.30.  mengikut apa yang dirancang  Solehah, kami akan ke Muzium Diraja Perak. Pada mulanya terasa pelik, kenapa orang yang datang hanya bergambar di luar, tak masuk? Rupanya pukul 12.15 sehingga 2.45 tutup untuk solat jumaat. Ouh, kami datang salah waktu rupanya. Hati tidak mengapakannya. Akhirnya, kami mendapat berita memang tutup untuk tempoh setahun dua untuk pengubahsuai. Ala.. ruginya rasa. Tak dapat nak masuk. Jadi hanya dapat lihat dari luar..


Muzium DiRaja Perak


Tidak mengapalah. Asalkan dapat lihat dengan mata sendiri.syukur. seni bina nya sangat cantik. Seni bina melayu tradisional. Tidak tinggal unsur - unsur tradisional. Saya dan solehah teruja memberitahu sahabat yang lain istilah-istilah yang kami pelajari di LiMas tempoh hari. Mana satu tunjuk langgit, ande-ande, papan cantik, mahkota tingkap, kekesi. Wah teruja!. Seronak dengan ilmu untuk di kongsi dan akhirnya kami terus bergambar dan bergambar dan bergambar. 


Selepas nya, kami mungkin hilang arah tuju,apa yang dirancang lari sedikit. Kami ke taman permainan sementara tunggu jemaah lelaki menunaikan solat Jumaat. Alhamdullilah cuaca sangat cantik, tidak terlalu panas dan juga tidak terlalu mendung. Taman permainan  cantik, banyak pokok! Langsung kami teruja. Masing-masing berlari seperti anak kecil mendapatkan tempat buaian masing-masing. Kami ketawa riang. Semua permainan dicuba. Leka bergambar. Akhirnya semuanya tersandar di kerusi  kepenatan.










Cukup waktunya, kami bersiap ke Masjid Ubudiah k.kangsar untuk menunaikan solat zohor. Masjid ini bukan lah kali pertama kehadiran saya, tetapi kerinduan masjid ini sentiasa ada menjadikan diri ini sentiasa teruja untuk masuk ke rumah Allah ini. SubhanAllah.. tak lepas saya melihat atas, bawah, kiri dan kanan. Indah. Cantik, tenang. Walaupun ruangnya sederhana. Tapi hati terasa sesuatu. Terasa ingin senyum sentiasa , bahagia.







Setiap langkah dimasjid. Di teliti sekeliling. Ianya teratur. Dari masuk sehingga keluar. Membuat diri terfikir siapa arkiteknya. Kesucian rumah Tuhan di jaga sebaiknya. InsyaAllah, kacamata architecture sudah dipakai. Ahah.












cantik. :)













Alhamdullillah, dalam masjid kosong memudahkan kami untuk menghayati. Kami meneroka masjid dalam dan luar sebaiknya dangan kadar masa yang sigkat. Rindu untuk berada lebih lama. Kami juga kesebelah masjid, ada bagunan tinggal seakan-akan surau juga. Ruangnya besar dan kayu binaannya. Indah walaupun hampir keseluruhannya reput tapi Nampak kukuh.











Seterusnya kami ke Muzium Sultan Azlan Syah. Masuk berbayar dengan harga pelajar. Kami senang dengan halaman nya. Cantik, landskapnya di jaga rapi.  Banyak ilmu di muzium tersebut. Adat-adat dan nasab-nasab yang unik.


Tepat pukul 4 petang masing-masing kelaparan dan akhirnya keluar walaupun tidak habis menjelajah muzium. Kami terus mencari makanan. Makanan di bungkus kerana kesuntukan masa untuk plan seterusnya.



Yaeh! Ulu kenas yang didambarkan sebelum exam lagi. Syukur, sampai juga untuk tengkan diri di sini. Tidak ramai, mungkin bukan cuti sekolah. Selepas bersiap untuk mandi, kami cari tempat yang selesa. Wah nyamannya, sejuk. Terasa hilang penat lelah untuk sem ini. Recharge untuk sem depan pulak. Haha









Alhamdullilah, kami selamat pergi dan selamat pulang. Walau tubuh rasa lemah kepenatan, tapi hati rasa bernyanyi-nyanyi riang. Sebelum pulang kami sempat ke masjid seri iskandar untuk solat magrib.
Terasa bertuah kerana rakan-rakan tidak mengabaikan waktu solat. insyaAllah walaupun berkejar masa tetapi sama-sama saling mengingati waktu solat agar tidak tertinggal. Semoga musafir ini dan akan datang kami diberkati serta ,banyak pengisiannya serta ilmunya dan lebih LEBIH LEBIH dekat dengan NYA   Aaaamin Ya Rabb…. :D









**wani jangan jeles kitorang g jalan-jalan. Sape suruh balik awai. Hahaha. Tapelah umur panjang  sem depan ada lagi. InsyaAllah ada peluang kita pergi sama-sama lagi naa… rindu wani :P



* credit to Onie for the pictures. :)




No comments:

Post a Comment