Pages

Thursday, February 2, 2012

Yummy : PIZZA izzati yang SEDAP!



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Yeay.. main masak-masak lagi!! Terima kasih kepada zati Ibrahim yang comel sebab sanggup melayan kerenah saya dan Onie. Alhamdullilah, sehari sebelum review external zati ajak kami ke rumah, ajak main masak-masak sebab beliau saja yang berda di rumah housemates yang lain dah balik.

Pagi-pagi lagi kami berjalan dari dalam Uitm keluar ke Sidec  dengan semangat juang yang tinggi!


Sampai saja di rumah izzati, kami berbincang untuk manu hari ini dan sememangnya kami tahu izzati pandai buat pizza sebab setiap kali beliau pulang kerumah kadang kala balik bawa pizza ke studio dan pizza menjadi makanan utam dalam pilihan
Akibat lapar tidak bersarapan empat manu kami pilih untuk makan tengahari.
  • Pizza
  • Macaroni cheese
  • Salad buah dan sayur
  • Mashroom soup..


....... Haha hebat bukan??


Terlihat jam sudah pun pukul 11 lebih, tanpa melengahkan masa kami berbasikal menuju ke kedai untuk membeli bahan-bahan dimasak. Terasa hebat pula berbasikal sebab sudah lama tidak berbasikal. Haha Seronok. Mereka masuk ke dalam kedai, saya pula menuju ke bank dan terserempak dengan rakan, Duan.

Duan mengajak kami untuk makan bersama sebab Dato dan yang lain tengah mengemas untuk masuk ke rumah sewa baru. Ramai rakan-rakan yang lain juga. Duan ajak untuk bertukar lauk. Hermmm..


haha. besar kangkung tu dari Onie.. :)

muka sentiasa ceria




Apabila kami berbincang, pada mulanya dalam hati tidak bersetuju, mungkin tamak. Haha. Apabila berfikir baik jugak, jimat kos.. haha sedih apa yang dirancang tadi akhirnya  terpaksa dikurangkan..

Kami balik dan terus memasak. Walaupun tidak dibahagikan tugas tapi masing-masing seperti tahu kerja  masing-masing. Wah senag kerja.  Izzati terus dengan pizza nya. Saya masak nasi dan nasi goreng. Onie  siang sayur dan buat kangkung masak belacan. 

Pizza-pizza~~~









pizzaaaa..pizzaaaaa~~~~~













teruja terujaaa.. tahniah izzati.. anda berjayaaa! saya terujaaaa.... woaaaa...
  '' wah first time aku buat mak aku tak tolong''
  '' wahh dah boleh kawen la macam ni''..
  '' ........'''

saya dan onie pula sibuk masak nasi dan goreng kangkung.. wallaaahhh..




go onieee!


Maaf kami agak terlewat dan lewat ke rumah Duan, sampai sahaja rumah Duan. Masing-masing senyap. Haha Nampak sangat dah lapar. Mana taknya hampir pukul 3 baru nak makan tengahari.





mereka yang sangat lapar. sian.. haha


Lauk Duan pun sedap, ayam percik, ikan sweet sour dan tomyam campur. Wah dasyat. Duan yang masak.  Malu pulak.saya masak nasi jee. hee


Kelakar tengok mereka makan. Terasa bersalah sebab lambat. Maaf.

Pizza izzati semua orang suka. Syamir siap minta resepi..Memang sedap. Roti lembut..



Pada malamnya kami mencuba resepi baru pulak. Roti garlic.. saya dan izzati cuba  search di internet resepinya. Malangnya cuma bahan-bahan nya tak cukup. Oleh kerana nak sangat.  

Dengan lafaz BISMILLAH Kami cuba jugak apa yang ada..
-bawang putih secukup nya
-majerin secukupnya
-sedikit garam
-lada hitam








JADI!!! Alhamdullilah..









Then, we’re eat happily ever after…


Mekasih izzati, mekasih onie, Mekasih Duan 
Mekasih Allah. :))

 BAHAGIAA… 

:)

2 comments: