Pages

Saturday, July 9, 2011

" kak, macamana nak cari cinta Dia? "

             sarah duduk bersendirian, hati terasa tidak tenang. Terasa kosong, sunyi. rasa ingin menangis tetapi tiada titisan yang sanggup untuk di tangisi.
             " emm..kenapa hati ni? erm urghh..bosan.. ee benggong jantan ni, tak reti-reti nak mesej ke, call ke."


KLIK, bunyi telefon.


      mesej : ' boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik kepada kamu,
dan boleh menjadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui "(al-baqarah: 216)  assalamualaikum adik-adik petang ini pukul 5 ada usrah di PI. marilah seratai kami, jika tidak dapat datang inform akak
secepatnya yaa.. :)   wasalam..


              " erm usrah kejap lagi,  nak pergi ke tak? pergi je la bukan buat apa-apa pun."


           Sarah secepatnya menyelesaikan segala tugasannya sebagai persiapan untuk ke usrah. Dia turut mengemas meja belajarnya supaya kelihatan kemas dan bersih. lalu dia mengambil tuala mandi nya di ampaian, terus ke bilik mandi untuk bersihkan diri. Usai membersihkan diri, dia membuka almari pakaian nya.


              " nak pakai baju apa ye?," sambil melihat ke dalam almari.
              " baju apa yang sesuai? t-shirt dengan jeans jelah.kot.segan pulak aku dengan kakak-kakak tu nanti,dengan diorang boleh pulak segan.kelakar pulak." tergelak sendiri.


             setelah bersiap, Sarah ke Pusat Islam. Terlihat sudah tiga orang sahabat usrah sudah menunggu. Dengan muka dimaniskan, Sarah menegur mereka.
              "assalamualaikum.."
              " waalaikumusalam, apa khabar sara, lama tak jumpa."
              " alhamdullilah, sihat. eh siti, kakak farah tak sampai lagi erk?, "
              " ye, mereka tak sampai lagi, kita 10 minit awal la,"
              " yeke? bagus-bagus.semangat." sambil tergelak.
selepas lima minit, farah dan linda sampai.


              " maaf adik-adik, kami lambat. ada masalah teknikal,adik-adik sihat? sambil bersalaman. " okey, kalau semua dah sampai, kita mulakan majlis kita dengan al-fatihah, " masing-masing membaca al fatihah dengan penuh khusyuk. usrah dimulakan, maka seribu ilmu di perbincangkan. makin lama, makin sara terpikat untuk mengahayati usrah itu, dengan percakapan yang lemah lembut persis bidadari syurga memikat hati Sarah untuk mendengar, terasa selesa dan tenang.


              " adik-adik, sampai sini usrah kita kali ini, kalau adik-adik ada masalah ingin dikongsi, jangan malu jangan segan, insyaAllah kita boleh kongsi sama-sama.kalau tiada soalan apa-apa kita tutup majlis kita dengan tasbih kifarah dan surahtul as. " masing-masing bersalaman, dan perpelukan sebelum berpisah.


             " seronok nya dengar, lepas ni nak datang lagi la, "


  solat magrib sudah di selesaikan, lalu mengambil al-quran untuk dibaca. tafsir juga dibaca selepasnya. selesai membaca, sejadah dan telekung dilipat dan di simpan rapi di dalam almari.
            " ya Allah, aku sudah solat, sudah baca kitab mu, kenapa hati aku terasa kosong, sunyi. hmm kenapa asik takda mood nak study. " sambil memandang kepekatan kegelapan malam di luar tingkap. " haa..mesej kak farah lah."


                 sarah : asSalam, kak farah maaf menganggu Sarah nak jumpa kak farah boleh  tak?
                 farah : waalaikumusalam, tak ganggu pun. boleh je. kenapa sarah? ada masalah?
                 sarah : erm. takda masalah, sarah nak tanya sesuatu kat kak farah boleh tak? kak farah free bila?
                 farah : oh yeke, boleh syg. esok kat PI, kita buka puasa sama-sama nak esok?     lepas solat boleh la kita berkongsi cerita.
                sarah : ouh , okey. tapi maaf, sara ada hal, sarah dtg lepas mgrib ye?
                farah  : boley, esok kita jumpa ye insyaAllah.
                sarah : insyaAllah.


     esoknya, selepas mengerjakan kan solat magrib di bilik, sarah bersiap untuk ke PI. Ayu teman sebilik pelik dengan Aisyah sejak kebelakangan ni, sentiasa murung. di dalam bilik senyap menyepikan diri.
             " sarah, kau ok? "
             " ok jer, kenapa?
             " kau lah, pelik jer. moyok je muka kau. ada masalah ke? eh jom pergi downtown nak? bosan lah.
             " ala. tak boleh lah. aku ada hal. dah janji dengan orang."
             " okey, takpa lah.."
             " bye.. eh kirim salam kat pakwe kau eh. " sambil tergelak
             " macam tau tau je makcik ni. ye laa.. elok-elok,"


Setiba di Pusat Islam, duduklah lah sarah keseorangan di belakang saf perempuan menunggu Farah selesai berjemaah magrib . Selepas 10 minit, tiba-tiba azan isyak berkumandang..
             "alhamdullilah, ada rezeki juga aku solat isyak berjemah." kata sarah di dalam hati..


solat isyak didirikan berjemah. ramai pelajar di kampus turut berjemaah sekali. solat diakhiri dengan zikir-zikir dan doa. Usai solat, Farah senyum memandang Sarah. mereka bersalaman. jemaah lain juga bersalaman bersama-sama. 
            " kak farah.. eh kak linda pun ada..."
            " ye.. kak lin da pun ada. haa.. ni  kak ina, sarah kenal?"
            " oh kak.ina.." sambil bersalam, dan senyum.
            " ini lah sarah, sarah apa khabar? sem berapa? "
            " alhamdullilah sihat.sarah part 2"
            " oo.. ye ye.."
            " jom la sarah, kita bercerita dekat sana ye, tunggu sekejap, kak farah nak ambil beg."
            " okey.."


Sarah memandang farah,linda dan ina. Ada sesuatu yang menarik sarah untuk melihat mereka. Sarah terasa tenang sekali, dengan muka mereka yang mesra, ucapan yang lembut, dengan hijab yang labuh, memikat hati sarah. sarah memandang farah yang menuju ke arah nya.


           " okey sarah, apa yang nak di tanya tu?" sambil tersenyum.
           " er.. kak farah, sarah nak tanya, tapi .. emm camana eh? hee.. ok la..kak farah.. macamana nak cari cinta Allah?
           " oo.. sarahh.. k.farah pun masihh mencari cinta nya. sebernanya kak farah pun baru lagi. apa yang penting, kita kena la banyak beramal. emm kejap ye..


farah pun berlalu, memanggil sahabat nya linda dan ina. mereka dari jauh memandang sarah.mereka tersenyum.


          " kak ina, sarah ni tanya. macamana nak cari cinta Allah?
          " wahh, alhamdullilah, kalau macam tu, kita dah kena bukak majlis dah ni.dah kena buak usrah ni..haha kita buak majlis kita dengan umul kitab al-fatihah." kak ina membuka majlis. malam terasa semakin tenang.


          " sebelum tu, kak ina tanye sesuatu boleh?"
          " boleh. ape?"
          " sarah pernah kapel?"
          " erm. pernah."
          " best tak kapel tu?"
          " best la kot, kenapa kak ina?"
          " hm.. sarah tengah kapel ke?
          " entah la, lama tak contact. sarah pun malas nak contact."
          " okey, sarah sayang dia tak?"
          " em.... sayang lah kot."
          " kenapa?"
          " sebab dia baik,"
          " oh dia baik.... k.ina nak tanya, dari mana ye datang baik tu?"
          " dari Allah. "
          " jadi sapa yang baik?. " ina bertanya lembut.   
          " Allah.." sarah menjawab.
          "Allah.. sarah nampak tak? sebenarnya Sarah sayang siapa? sebab dia baik, baik tu dari Allah. Allah pinjamkan baik itu untuk dia kepada sarah rasa betapa indah nya perasaan sayang tu. jadi.. sebenarnya sarah sayang siapa? dia atau Allah? 
          " Allah.., " jawab sarah tersentap. terasa diberbodohkan.
          " hebatkan Allah tu, cuma kita tak perasan, kita yang tak peduli sebenarnya." sesungguh Allah maha pengasih, Allah maha penyanyang.
          "ye....." sarah tertunduk.
          " cuba kalau Allah tarik balik nikmat baik itu daripada dia, sebelum ni dia baik, tiba-tiba dia jadi garang ke, marah-marah ke, perangai berubah. sarah nak sayang kat dia lagi? ada tak lagi kasih sayang itu?
          " tak de. " sarah bagai di puka menjawab soalan yang di tanya."
          "Allah itu maha besar sarah, dia boleh buat apa-apa je, itu lah hubungan kapel-kapel ini di haramkan. melainkan selepas nikah. itu yang paling indah. pernah orang cakap, kapel-kapel islamik. ada tak dalam al-quran? takda kan? yang ada cuma pernikahan. dah  apa yang penting.. kalau kita berkasih sayang antara manusia pastikan kasih dan sayang itu atas Allah, kerana Allah, bukan sebab dia cantik, hensem, atau pun hartanya " jelas ina denga lembut. sarah, farah dan linda khusyuk mendengar.


          " ye..," sarah mengaku lemah.
          " okey sarah? dah faham?," tanya ina dengan lembut sambil mengusap tangan ina dengan lembut.
          " sekarang baru kak ina nak jawab soalan sarah tadi, macam mana nak cari cinta Nya." dengan nada tergelak.
          " ouh tak jawab soalan lagi eh," sarah turut ketawa.
          " yee.. sarah..... walaupun sarah lihat kami macam ni, pakai tudung labuh, mungkin itu pandangan. akak masih mencari cinta nya.. cinta nya sentiasa hidup dan tidak akan mati. cari lah cinta nya. cari. kita kena cari. mohon taubat dari padanya. dan setia pada cinta nya. 
          " setia?"
          " ya setiaaa.. itu yang terbaik. baca kalam nya. paham, baca tafsir-tafsir. ikut segala perintah Nya..bagi perempuan. jaga aurat kita. jaga hubungan ibu bapa. malam-malam cuba bangun. solat sunat. pasti kan tenang hidup ni.
         " ye.. macam berat je. kan. "
         " kalau niat iklas, tiada yang susah sarah. terasa seronok. percaya lah cakap kak ina. kita lah kena berubah. insyaAllah, kalau niat hati ni iklas, murni, tiada yang mustahil.
         " macamana nak berubah ye kak ina?
         " betul sarah nak cinta dari nya? kak ina nak tanya.apa aurat perempuan ye sarah?
         " aurat perempuan, semua kecuali muka dan tapak tangan."
         " betul. semua kecuali muka dan tapak tangan. jadi kaki pn aurat kan? sarah mula lah, sebelum ni tak pakai stokin, mula la pakai, sebelum ni pakai bajuk lengan pendek, panjang kan lah. labuhkan la tudung tu lepas para dada.. mula pelahan-lahan ok sayang? sebagaimana ada di dalam al-quaran surah an nisa ayat 31.. linda... tolong bacakan..


 linda terus membuka al-quarn tafsir nya dan membaca.
                 
                 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}


           " ye insyaAllah..doakan untuk sarah ye kak, " hati tersentap melihat diri masih kemiskinan
          " ye insyaAllahllah.., " sambil tersenyum
          " lagipun ... kita sebagai perempuan mesti nak jumpa jodoh yang baik kan?anak yang soleh. kalau kita nak baik, kita mesti jadi baik dulu. allah sudah berfirman, dalam surah an nur jugak ayat 26,


“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) 


                          " cuba kita lihat ayat ni, kenapa di dahulukan dengan perempuan? kenapa tak laki dulu?bukan laki sentiasa di dahulukan dalam islam? Allah maha mengetahui. sebab perempuan inilah akan menjadi ibu, yang akan didik anak-anak nya. jika si ibu ni solehah, hebat agamannya, mesti dia kan didik anak-anak nya menjadi soleh dan solahah kan? kita boleh tengok kan? kalau suami nya berkopiah. yang isteri nya mesti bertudung kan? jadi kita yang perempuan ni mesti nak jodoh yang baik kann? kita kena berdoa jugak tau.. insyaAllah.. kan sarah? kalau kita nak anak kita jadi tafiz, kita kana dulu.emm.tunggu je. allah dah tetapkan jodoh kita. entah kat mana-mana je suami kita sekarang. yang penting hati kita."


          " ye.. baru sarah faham.
       " okey, kalau ada masalah sarah, jangan simpan tau, kita boleh kongsi-kongsi, jangan malu jangan segan. sesungguhnya sarah terpilih untuk berada di rumah allah ini malam ni, berkata tentang tentang cinta Nya, cuba fikir, kenapa sarah, padahal ramai-ramai lagi sisiwi kat sini kan? ha mesti ada hikamhnya kan?," kata ina sambil tersenyum.
       " jadi jangan putus asa cari cinta allah tau sarah. sesungguhnya Allah mendengar doa hamba nya. teruskan berdoa ye..jangan putus asa, tau. " kak farah memberi nasihat. sambil tersenyum
       " ye insyaallah kak. sarah perlu kan cinta nya," sambil membalas senyuman kepada mereka.




malam berlalu dengan tenang di PI. rahsia kehidupan yang selama ini tidak dapat lihat akibat ditutup oleh hati yang lemah, membuka hati sarah mencari cinta agung nya..









nota: berdoa, istiqamah lah kepada Nya,jaga hati mu.rindu.. rinduu lah kepada nya..cari lah cinta yang agung, cinta  yang kekal abadi.. 




                                                   

No comments:

Post a Comment