Pages

Saturday, July 2, 2011

main masak.masak :)

    Jumaat semalam, ili dengan ibu baru balik dari merewang rumah makcik ada kenduri pada malam nya.
keluar je dari kereta ibu cakap,  "awak buat toping kek."   ili senyap jer.. aduhh tak minat.. ili tak minat sebenarnya nak buat kek ni.huhu
 masuk je dalam rumah ibu cakap lagi.. " tu ambil coklat dalam peti, buat lah, ibu penat.. "
 terus masuk dalam bilik.. 
            dan.... ili.. " hah??laaa.. hmmm..


dalam hati.. hmm malas nyee.. dah tak pernah buat. tak reti. pernah tengok jer.. macam mana ni..
nak tak nak kena buat jugakk. Ni lah ' untung ' jadi anak perempuan tunggul buat kerja sorang-sorang tak ada orang kacau. huhu. haha


ambil coklat, pergi bilik ibu..
               " ibu.. macam mana? nak pakai apa?


 ibu pun bagi tau, jadi ili ikut je lah pergi cari semua bekas. cari periuk kukus, vision. mungkin ada cara yang lain tapi ibu buat macam ni, ikut jelah. masuk kan air dalam bekas kukus tu.
masa nak masukkan air tu. tak yakin pun. keja rasa banyak sangat air. masuk lah air..
 kejap nanti rasa tak cukup air pulak. hehe


lepas tu, ambil majerin dua sudu, masukkkan dalam vision, dan vision di masuk kan dlm bekas kukus tu.
jadi bekas vision tu terapung.. masuk pulak setengah bar coklat. tunggu sampai cair..


patut nya tunggu air mendidih dulu baru masuk bahan-bahan tadi. tapi. tak sabar sangat. hmm..
pastu cuba la kacau-kacau. majerin tu dah agak cair. tiba-tiba adik datang..


     " kak, awak buat pe?"
     " uishh, akak buat ape? ili tanya balik.
 sampai adik datang, konon nak tolong. haru biru jadi nyaa..


bahan tadi semakin cair, adik ambil sudik konon nak kacau sekali. apa lah pakai sudik
posisi bekas vision tu tak stabil..
                       tiba-tiba..air termasuk dalam bekas.


                       ' BANJIR!!'


ili pandang adik, adik pandang ili..


         " haaa.. akak macam mana ni?"
         " hmm biar laa.. sikit jee.. "


seronok mengacau. coklat tidak cair lagi, majerin sudah larut. 


                AIR MASUK LAGI!


      "akak!!! ayokk.. " adik pergi..


  ili senyap tak tau nak buat ape..alamak takut.... mesti ibu marahh..terfikir.. kalau ibu tahu. habis la. yang kena aku sorang je..


erm masa tu baru teringat ayah cakap. " orang kalau kerja tak pernah nak ikhlas, tak jadi nyee, baik payah lah buat." ayat selalu kena dengan ayah masa dulu masak nasi tak jadi.. hahaha.
hmm. tersedar..


dengan lafaz bismillah, dalam kepala ni tiba-tiba pikir cepat je.yakin je..ili panggil adik keluarkan bekas,tukar bekas baru dan lebih besar. buang air sedikit. daann kacau ...


coklat cair. kacau sampai sebati... mesra gituu... :)
siap!! panggil adik. tolong agkat. coklat dituangkan atas kek.dan serta merta di ratakan takut sejuk nanti keras..


ada botol hijau yang tidak dikhendaki, kalau chefwan nampak memang kena maki.haha :D


 seronok pulak masa ratakan.. askar-askar datang.. sambil tuu.. " sedap hingga menjilat jari lah..
masing-masing comot.   periuk senduk sudik sudu semua licinn. haha tak payah basuh dahh.


seronok pulak.comot... pasni nak buat lagi lah. haha best!
    
walaaahh!! kek bodo-bodo nama nya.. haha


haa.. puasa nak dekat dah.
kuih raya pulakk.  :)





nota : apa yang penting buat kerja dengan ikhlas. kalau tak, kena cari ikhlas tu jugak baru berkat. dan bismillah.. huhu patut laa..memang tak mula dengan bismillah. hee. renung.renungkan selamat beramal. hee :D

Friday, June 24, 2011

hati

Yuna - Random Awesome Lyrics


it all began
at the show one weekend
i was a friend of your cousin said
"hey how you've been"
And with your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let's watch something random
turned to something awesome


And I smile I love no,
I laugh happier somehow
No I don't know what is up with me
I laugh too much recently
No, They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
what happened on your 24th birthday

It all began with a simple
confession

You had an urge to kiss me and
I was on the verge to miss you
and it happen,
no
we don't understand
no
i won't even budge
before we didn't hang out much
So save me in your playlist
so,
You wont forget this
And if this dont quite go your way
You'll still have me on replay

With your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let's watch something random
turned to something awesome

And I smile I love no,
I laugh happier somehow
No I don't know what is up with me
I laugh too much recently
No, They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
what happened on your 24th birthday



sorry.

wahai ibuu..


syukur alhamdulllilahh ya Rabb
semuanya berkat pergorbanan mu ibu,
kau bangun sebelum fajar,
kau persiapkan kami,
kau tidur wahai ibu,
setelah kami tidur,
atas menelaah untuk cita-cita mu ibu,

kebanggaan mu,
kebanggaan kami,
semangat kau utuh,
menggagumkan aku
sedangkan aku juga sedang berperang,
sedangkan hampir rebah,
tidak kau yang tegar berdiri,
sentiasa memberi dorongan kepada kami

wahai ibu
anakmu mohon doa mahupun keberkatan daripada mu,

agar aku jua mencapai sehebat mu
agar aku mendapat membalas keringat mu dan ayah

sungguh aku mencintai mu.

Tuesday, June 7, 2011

oh gadis,tanggungjawab mu..

 si gadis tersedar dari tidurnya terus meraba-raba mencapai talifon bimbit.
  ' eh dah 10.25 pagi? 'berkata sendiri..
kedengaran riuhan suara adik-adik yang sudah lama mengamati sinaran pagi.
selangakah ke luar bilik, mata si gadis melilau mencari ibu.. si gadis terpegun dan terpesona melihat ruang tamu dan dapur kemas dan tersusun.
 si ibu hanya memandang anaknya dan si gadis turut membalas dengan pandangan kosong.
si ibu berterusan bekerja.

si gadis mengambil tualanya untuk membersihkan diri.Sambil menyanyi di dalam bilik mandi,terdengar percikan minyak..
    monolog si gadis. 'ibu ni, dari tadi asik buat kerja..'

usai mandi dan berpakaian baharu, si gadis terus mendakap komputer ribanya.di ruang tamu.
 ayah pula menonton berita sambil menjamah kudap-kudap.
      tiba-tiba ibu datang mengerang kesakitan.. ibu mengadu kesakitan kepada ayah.
si gadis hanya memandang dan timbul rasa serba salah di dalam hatinya. ibu pun bangun terus masuk ke dalam bilik.

jam sudah 1.40petang. juadah makanan tengahari tidak disediakan lagi.
si gadis melihat ayahnya..'sian ayah.mesti lapar..penat.. lauk tak masak lagi.ibu pulak tak sihat...'

si gadis terus ke dapur.. 'adakah patut aku masak atau nak tunggu ibu..' si gadis dalam kebigungan..
melihat jam, jarum sudah hampir kepada pukul 2.. 'dah lewat ni..'sambil melihat lauk-lauk di dalam peti sejuk.

  hati berkata turut berdoa,' ahh.. buat je la.. Ya Allah, ampunilah aku, kerana aku tidak mampu menjadi anak yang baik untuk orang tua ku, Ya Allah, kau permudahkan urusan ku...
          tanpa melengahkan masa,si gadis terus memotong daging dan terusan melakukan tugas nya..

si adik datang. ' along.along masak ape? jawab si gadis. ' daging 'black paper'.. kenapa?'
si adik senyum 'tak ada apa, saja ja'

segalanya berlaku dengan perlahan tetapi terasa pantas. Hidangan siap!
si gadis mengemas meja dan hidangkan lauk dan nasi. lalu beliau memangil ayahnya dan adik-adik...
si gadis ke bilik, memanggil ibunya makan..
Puas si gadis melihat adik-adik nya, ayah dan ibunya. mereka makan penuh berselera..
si gadis bersyukur. Allah memudahkan urusannya..

tahniah si gadis, engkau berjya.
fikirklah yang terbaik untuk kau untuk menghadapi masa depan.
janganlah kau menunggu memanggil kau.pergi lah kepada mereka tanpa ragu-ragu.
cari lah tanggungjawab mu agar mereka menghargaimu..
dan kau mungkin juga akan menghadapi kelak di suatu hari nanti.
sesungguhnya kau dipilih untuk berkhidmat kepada mereka.
dan khidmatmu akan dibalas oleh Nya..

         Syukur ada keinsafan dalam dirimu, jika tidak pasti hati ibumu akan terguris dan mengharapkan mu tetapi tanpa menyelesaian..kerana ...
     ' dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu brsyukur,'( surah An-Nahl :77)





oh gadis, jadilah wanita.
persiapkan dirimu untuk ku menjadi ibu dan isteri pada masa hadapan.


Thursday, June 2, 2011

mengalah

' si adik khusyuk bermain 'game' di komputer ribanya
lalu..datang si abang tanpa memberi  isyarat mahupun meminta izin mencabut suis bateri dan terusan merampas komputer riba tersebut.
si adik hanya memandang dan senyap seakan redha.
dan si abg pergi...

 tiba-tiba lagu nyanyian yuna penakut bergema bagai mengiringi dan mengadili momen yang pantas itu..
        ' ini tidak adil,tidak adil bagi ku...
        ' ini tidak adil, tidak adil baginya...

haha

konklusi peristiwa tadi?
       
 " pentingkan diri sendiri? mengalah.? sabar?

alhamdulliallah, si adik mengalah dan ikut sahaja. Beliau sangat memahami abangnya, jika tidak, pasti masing-masing akan mempertahankan diri.dan bergaduh menunjukkan kehebatan masing-masing.
kasiahan si adik, tidak mengapalah adik..
              semoga Allah merahmatimu kerana berkat kesabaran mu.
semoga kau menjadi insan yang berguna untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu.. :)

Thursday, May 26, 2011

Aku untuk mereka


hari.hari yg menjelma sentiasa membuka minda untuk berfikir apa yang akan berlaku pada masa hadapan.keinsafan dan kematangan untuk diri sentiasa diminta untuk diri agar hidup sentiasa berada dalam kesyukuran dan bersedia untuk kembali ke alam yang pasti.
setiap pengorbanan dan kesungguhan yang diberikan membangkitkan aku untuk terus bangun dan takut untuk jatuh.namun apabila jatuh.menguatkan hati untuk sentiasa berdiri dan kuat demi membela kasih. dan kesungguhan yang lepas.


insyaallah.. :)

Wednesday, January 19, 2011

why architecture?

saya baru sahaja habis semester satu.jadi sem ni adalah sem dua, part 2.
teringat masa induksi sem lepas.soalan yang paling best. why architecture? hehe
hem tak reti nak jawab apa. sumpah..macam susah giler nak jawab soalan tu walaupun ada kot jawapan nya.
jadi setiap senior part atas-atas tanya, jawapan mesti lain- lain. tak reti nak jawab sebenarnya..
nak jadi dokter gigi la sebenarnya. suka rumah melayu tradisional la. tak tau la kenapa. minat kot. haha haih..
penat nak jawab.
masa tu beru terpikir kenapa architecture, betul ke kos yang aku ambik ni?

hehe.mase tu bingung sebab no answer.. selepas interview kat kuantan.ayah sangat bersemangat.selapas menjalani assignment
sampai tak tidur malam.sampai adalah kot tangisan kepenatan.hee
pastu ramai yang kata susah-susah..haihh berbelah bagi rasanya. macam tak ada semangat. setiap benda rasa susah..
rasa nak tukar kos.padahal baru part one. erm lemah nye lah..teruk rasanya..
tapi tak boleh macam tu. ini harapan ayah.saya kena buat jugak.
kenapa ayah? dari kecik lagi ayah bagitau dia nak jadi arkitek.sampai sebati da perkataan tu.tapi ayah tak dapat.padahal arkitek tu ape weyh?
haha.tau orang reka bagunan je.padahal pengisian nye..haihh.lagi best masa ayah cakap kalau jadi doktor saya akan kahwin lambat.ngehh.
lepas tu.cita-cita dalam buku biodata member masa sekolah rendah
semua ditukar.

cita-cita: arkitek,cikgu,doktor gigi..

tapi yg asal tetap tulis

hehe
okey.sekarang dah pun masuk kos nih.konklusinyaa..akan jugak kahwin lambat kalu tunggu nak habis belajar betul-betul.ada part1 ada part2.haha
tapi teruskan sahaja. insyaallah allah tentukan yang
terbaik untuk saya.
percaya kepada qada dan qadar..yang penting anggota badan ni sentiasa bergerak menuntut ilmu.tapi ni tak ada kena mengena dengan kahwin ea..haha
oleh itu..

WHAT IS ARCHITECTURE?
Architecture is the art and science of building. The word "architure" was derived from the Latin architectura, which itself came from the
Greek architekton which meant "master builder". According to William George in his book World Architecture, architecture may be described
as "the art of designing and creating beautiful, durable and useful building... Structure which are built with only stability and strength
in addition to usefulness in mind may be described as works of engineering. It is only when the idea of building beautifully in
conjunction with strength and utility is introduced that the science of building becomes the art of architecture."_ (PAM)

WHAT DOES AN ARCHITECT DO?
An architect is a person trained and qualified to carry out the following tasks:
Planning
Building Design
Landscape Design
Urban Design
Interior Design
Leading and coordinating the input of others in the building team
Liaising with approving authorities and certification
Supervision during construction

WHO IS MOST SUITED TO BECOME AN ARCHITECT?
Beside passing all the examinations and getting the necessary grades to qualify for admittance into an architectural
course in a recognised school of architecture, the student ought to have:

  • A love for the arts
  • An appreciation of space and forms
  • An affection for the heritage and tradition
  • A sensitivity in all matters related to the senses


nak tau lagi best? klik kat sini... semua ni ambik kat laman web PAM.
erm bak kata senior ili. arkitek ni belajar semua benda..best kan?
tapi dalam dilemma lagi,arkitek ke tak..hmm.

ALLAH is greatest Architect to all. He created nothing to everything..