Pages

Monday, January 30, 2012

SENI BINA : REVIEW


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



Alhamdullilah. Kerja semua siap? Hee insyaAllah. Sekarang pun penghujung sem tiga. Terasa cepat sangat berlalu. Konklusinya, sem tiga ni terasa indah, banyak pengalaman. Walaupun bukan semuanya seronok, ada juga peritnya, tapi kehidupan.. terpaksa telan dan terus ke hadapan.   

Pengalaman yang sangat-sangat menarik. Terasa sayang nak tinggalkan sem tiga. Rasa berdebar pulak nak masuk sem 4. Banyak persediaan yang perlu ada. Rohani jasmani mental emosi. Supaya lebih berhati-hati dan lebih bersedia. Sesungguhnya seni bina sangat mencabar. Kadang-kadang macam dalam mimpi. Betul ke aku masuk archi ni? Padahal dah tiga sem. Terasa baru sahaja lepas interview..

Walaubagaimana pun, sudah pun di UITM Perak. Memang takdir di beri peluang menuntut ilmu disini dan kos ini. Sebelum ini, tiada peluang lain.jika mereka keliru dengan beberapa peluang, saya hanya tekat dan terus berdoa untuk kos ini. Ini sahaja. Ya. Takdir aku. InsyaAllah, dengan usaha doa dan berkat ibu bapa, tiada yang mustahil. Arkitek atau tidak itu bergantung pada Nya. Diri di sini, menuntut ilmu Nya  dan mohon lebih dekat dengan NYa. Amin.




trip cameron



trip aquaria



LiMaS bersama archi UiTM Perak dan Politeknik Ungku Omar

archisport


ADA archiday

site visit


Dhamirah Dinner <3


review :)



archighok <3




terima kasih sahabat. archirockians.. semoga ukhwah kita kuat sehingga akhir hayat.. insyaAllah segalanya akan kita hadapi bersama. sungguh, segala yang baik semuanya datang dari Allah, yang kurang datang dari kita sendiri. jadi, carilah yang terbaik. mohon maaf seandainya diri ini ada menguris hati sesiapa. kadang-kandang diri tak sedar. tak sempurna. InsyaAllah, semoga semuanya terbaik untuk sem depan dan akan akan datang. sayang korang KERABAT SENI BINA :) 





Aku sayang POKOK?


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



POKOK? Haha .. subahanallah. Pokok sangat indah. Cantikk sangat. Sungguh..
Cuba duduk bawah pokok tatkala waktu panas. Nyaman. Pokok melindungi. Betapa indahnya ciptaan yang  maha Esa. Dia menganugerahkan pokok kepada kita. Membekalkan oksigen kepada kita melalui pokok supaya kita dapat menghargai Nya.


Lihat pokok cantikk sangat. Dengan daun segar  hijau yang nyaman dan tenang. Mempersonakan.


Lihat batangnya dan akarnya. Juga menunjukkan kerendahan diri. Tidak angkuh dan sombong. Walaupun sentiasa berkhidmat.
Teringat dalam usrah. Kak farah comel ada cakap , jadilah seperti pokok. Kan? Kerana pokok itu symbol kepada akhlak kita.





Dari sekolah rendah  lagi, dapat pen atau pensel dan kertas. Tangan ini tidak penat melakar lakaran pokok. Boleh lihat di semua buku-buku latihan mahupun buku teks dihiasi dengan pokok. Betapa corak di batang pokok itu sentiasa di praktiskan. Lalu di ‘render’kan  supaya Nampak cantik..  ranting-ranting mencapai antara satu sama lain merimbun. memegang daun-daun yang juga meriah merimbun.

Dengan khidmat pokok yg diberikan membuati diri ini terfikir, dekat sungguh cinta Allah kepada hambanya.di sekeliling kita DIa mencurahkan cintanya kepada kita tanpa kita sedar kan? Namun ramai abaikan . Hmm. Semakin kita jauh dari pokok. Mungkin Semakin jauh lah kita  dari Allah. Nampak tak?



Subahanallah. Indahnya lukisan Mu ya Allah. Dan kini aku mengadaptasikan dan menghayati lukisan Mu.  :)



sayang sayang sayang pokok


tiba-tiba terjumpa gambar sekolah time form5.. rindu fatanah 3! <3










Saturday, January 14, 2012

Terima Kasih S A H A B A T.



Bismillahirahmanirahim..

Sambil duduk-duduk selak nota-nota history archi yang baru ditukar.. alhamdullilah.. terima kasih sahabat kerana besama-sama berbincang dan bertukar nota. Terasa ringan sedikit untuk menghadapi peperiksaan isnin ini. Kelmarin masing-masing bertungkus lumus menyiapkan nota selepas dibahagikan tajuk.

Aku terasa agak sedikit berat kerana tajuk yang diberikan sudah agak lama tidak dibaca.  Terasa bertuah kerana rakan-rakan ku sangat mengambil berat tentang buku. Awal-awal lagi mereka sudah buat pinjaman buku di library.  Jadi .. semangat sedikit nak buat nota! sambil membuat nota sambil mendengar lagu-lagu cinta indah daripada Opick.

Apabila dibelek-belek mukasurat di baca.  Tiba tiba terdetik nasihat kak izzah  ketika usrah terakhir sebelum musim peperiksaan .

“ Ili, lecturer akak pernah cakap, kalau kita nak present, pastikan niat kita betul. Bukan hanya buat untuk lecturer atau pun kena buat presentation,kita pun buat ala kadar je. Buat sebab kita betul-betul nak bagi ilmu kat orang lain, nak bagi orang paham. Insyaallah. Semua kerja akan jadi ikhlas dan ilmu tu juga akan diberkati ’

Hee.. bila fikir-fikir balik memang betul pun. Kerja semua last minit. Semua nak siap secepat yang mungkin. Akhirnya.. aku sendiri tak paham apa yang aku nak sampaikan. Kan.. jadi niat itu pun di ubah sedikit ketika buat nota.. :)

Dan akhirnya study berjemaah dilaksanakan.umul kitab sebagai pembukaa majlis. masing-masing menerangkan mengikut tajuk masing-masing, makin banyak tahu.. lagi banyak pula tak tahu kan..kami pun berbincang sehinggalah magrib. Alhamdullilah magrib juga turut berjemaah.seronok !

Terima kasih  sahabat.terima kasih onie, wani, mira, along, tak lupa kak izi yang comel tersayang sebab pinjamkan nota-nota haritu.sangat membantu.. Sayang semua. Insyallah.. akan datang buat lagi. Semoga ukhuwah kita semakin utuh dan kekal dengan penuh keberkatan. 


Ya tuhan lindungi lah kami..berkatilah ilmu-ilmu kami. Tenangkanlah kami ketika menjawab peperiksaan. Semoga kami menggapai kejayaan di dunia mu dan diakhirat mu. Amin. :)



terima kasih sahabat... 

Monday, January 9, 2012

rindu ibu


bismillahirahmanirahim


Tiba-tiba terasa nak online setelah lama facebok di deactive kan...tiba-tiba terkejut.. terlihat satu post . terasa bahagia.terima kasih ya Allah..






ibu.... akak rindu ibu. inyaAllah akan ku buat yang terbaik..


 ya rahman ya rahim... aku merindui ibu dan ayah ku. berkatilah mereka. permudahkan urusan mereka..

aku cemburu.


Bismillahirahmannirahim.


Nyata hati aku gelisah akan berdepan dengan exam. Alhamdullilah. Habis sudah satu subjek sabtu lepas. Semuanya berjalan dengan baik dan hati aku juga tenang mengahadapi helaian kertas tersebut.

Selasainya hari sabtu, maka berdetiklah waktu untuk aku manghadapi hari rabu pula. Sungguh.. takut.. aku tidak bersedia. Menyesal pula pada waktu kelas intro structure dahulu, masuk dengan pen dan kertas, balik juga dalan posisi yang sama. Aduh.  Terasa berat nak ambil pen, calculator nak tekan-tekan. Rasa banyak perlu di cover. Rasa macam nak jerit. Teringat pulak keputusan addmath masa spm dulu, lagi bercampur.  
lalu  ayat-ayat al-quran dipasang minta hati ku  lebih tenang mendengar kalam-kalam tuhan ku..

aku cuba buat satu persatu soalan. Nyata banyak yang cuai. Bagai ada benda tersekat di dalam otak ku. Manghalang. Mungkin aku kepenatan.

aku cuba tenang. Lantas aku buka laptop. Aku terbuka blog ini yang selalu dikala lapang.
Tiba-tiba berderai air mata satu persatu. Kagum dengan penulis. Nampak hatinya dekat dengan tuhannya. Banyak ayat-ayat cinta dicoret kan untuk tuhannya. Aku cemburu. Tersentap.mungkin aku gelisah kerana jauh dari Nya.leka dengan kerja-kerja design yang tak siap-siap. Leka dengan dunia.  Ya Allah ampun kan aku. Aku merinduimu… aku tidak mahu jauh daripada mu. Aku sangat memerlukan mu. .