Bismillahirahmanirahim..
Sambil duduk-duduk selak nota-nota history archi yang baru
ditukar.. alhamdullilah.. terima kasih sahabat kerana besama-sama berbincang
dan bertukar nota. Terasa ringan sedikit untuk menghadapi peperiksaan isnin
ini. Kelmarin masing-masing bertungkus lumus menyiapkan nota selepas dibahagikan
tajuk.
Aku terasa agak sedikit berat kerana tajuk yang diberikan
sudah agak lama tidak dibaca. Terasa bertuah
kerana rakan-rakan ku sangat mengambil berat tentang buku. Awal-awal lagi mereka
sudah buat pinjaman buku di library. Jadi
.. semangat sedikit nak buat nota! sambil membuat nota sambil mendengar lagu-lagu cinta indah daripada Opick.
Apabila dibelek-belek mukasurat di baca. Tiba tiba terdetik nasihat kak izzah ketika usrah terakhir sebelum musim
peperiksaan .
“ Ili, lecturer akak pernah cakap, kalau kita nak present,
pastikan niat kita betul. Bukan hanya buat untuk lecturer atau pun kena buat
presentation,kita pun buat ala kadar je. Buat sebab kita betul-betul nak bagi
ilmu kat orang lain, nak bagi orang paham. Insyaallah. Semua kerja akan jadi
ikhlas dan ilmu tu juga akan diberkati ’
Hee.. bila fikir-fikir balik memang betul pun. Kerja semua
last minit. Semua nak siap secepat yang mungkin. Akhirnya.. aku sendiri tak
paham apa yang aku nak sampaikan. Kan.. jadi niat itu pun di ubah sedikit
ketika buat nota.. :)
Dan akhirnya study berjemaah dilaksanakan.umul kitab sebagai pembukaa majlis. masing-masing
menerangkan mengikut tajuk masing-masing, makin banyak tahu.. lagi banyak pula
tak tahu kan..kami pun berbincang sehinggalah magrib. Alhamdullilah magrib juga
turut berjemaah.seronok !
Terima kasih sahabat.terima kasih onie, wani, mira, along, tak lupa kak izi yang comel tersayang sebab pinjamkan nota-nota haritu.sangat membantu.. Sayang semua. Insyallah.. akan datang buat lagi. Semoga ukhuwah kita semakin
utuh dan kekal dengan penuh keberkatan.
Ya tuhan lindungi lah kami..berkatilah
ilmu-ilmu kami. Tenangkanlah kami ketika menjawab peperiksaan. Semoga kami
menggapai kejayaan di dunia mu dan diakhirat mu. Amin. :)
terima kasih sahabat...
No comments:
Post a Comment