Pages

Monday, January 9, 2012

aku cemburu.


Bismillahirahmannirahim.


Nyata hati aku gelisah akan berdepan dengan exam. Alhamdullilah. Habis sudah satu subjek sabtu lepas. Semuanya berjalan dengan baik dan hati aku juga tenang mengahadapi helaian kertas tersebut.

Selasainya hari sabtu, maka berdetiklah waktu untuk aku manghadapi hari rabu pula. Sungguh.. takut.. aku tidak bersedia. Menyesal pula pada waktu kelas intro structure dahulu, masuk dengan pen dan kertas, balik juga dalan posisi yang sama. Aduh.  Terasa berat nak ambil pen, calculator nak tekan-tekan. Rasa banyak perlu di cover. Rasa macam nak jerit. Teringat pulak keputusan addmath masa spm dulu, lagi bercampur.  
lalu  ayat-ayat al-quran dipasang minta hati ku  lebih tenang mendengar kalam-kalam tuhan ku..

aku cuba buat satu persatu soalan. Nyata banyak yang cuai. Bagai ada benda tersekat di dalam otak ku. Manghalang. Mungkin aku kepenatan.

aku cuba tenang. Lantas aku buka laptop. Aku terbuka blog ini yang selalu dikala lapang.
Tiba-tiba berderai air mata satu persatu. Kagum dengan penulis. Nampak hatinya dekat dengan tuhannya. Banyak ayat-ayat cinta dicoret kan untuk tuhannya. Aku cemburu. Tersentap.mungkin aku gelisah kerana jauh dari Nya.leka dengan kerja-kerja design yang tak siap-siap. Leka dengan dunia.  Ya Allah ampun kan aku. Aku merinduimu… aku tidak mahu jauh daripada mu. Aku sangat memerlukan mu. .






No comments:

Post a Comment