Pages

Monday, January 30, 2012

Aku sayang POKOK?


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



POKOK? Haha .. subahanallah. Pokok sangat indah. Cantikk sangat. Sungguh..
Cuba duduk bawah pokok tatkala waktu panas. Nyaman. Pokok melindungi. Betapa indahnya ciptaan yang  maha Esa. Dia menganugerahkan pokok kepada kita. Membekalkan oksigen kepada kita melalui pokok supaya kita dapat menghargai Nya.


Lihat pokok cantikk sangat. Dengan daun segar  hijau yang nyaman dan tenang. Mempersonakan.


Lihat batangnya dan akarnya. Juga menunjukkan kerendahan diri. Tidak angkuh dan sombong. Walaupun sentiasa berkhidmat.
Teringat dalam usrah. Kak farah comel ada cakap , jadilah seperti pokok. Kan? Kerana pokok itu symbol kepada akhlak kita.





Dari sekolah rendah  lagi, dapat pen atau pensel dan kertas. Tangan ini tidak penat melakar lakaran pokok. Boleh lihat di semua buku-buku latihan mahupun buku teks dihiasi dengan pokok. Betapa corak di batang pokok itu sentiasa di praktiskan. Lalu di ‘render’kan  supaya Nampak cantik..  ranting-ranting mencapai antara satu sama lain merimbun. memegang daun-daun yang juga meriah merimbun.

Dengan khidmat pokok yg diberikan membuati diri ini terfikir, dekat sungguh cinta Allah kepada hambanya.di sekeliling kita DIa mencurahkan cintanya kepada kita tanpa kita sedar kan? Namun ramai abaikan . Hmm. Semakin kita jauh dari pokok. Mungkin Semakin jauh lah kita  dari Allah. Nampak tak?



Subahanallah. Indahnya lukisan Mu ya Allah. Dan kini aku mengadaptasikan dan menghayati lukisan Mu.  :)



sayang sayang sayang pokok


tiba-tiba terjumpa gambar sekolah time form5.. rindu fatanah 3! <3










No comments:

Post a Comment