Pages

Thursday, July 7, 2011

aiskrim! aiskrim!


 aiskrimmm! aiskrimmm!


 anda haus, anda panas, inginkan sesuatu yang menyegarkan? moh la ke rumah keh. aiskrim malaysia.. ada perisa anggur, oren, laici, sarsi dan milo. hanya 20sen satu. berpatutan bukan.. :)
haha


sebenarnya bukan ili yang buat. ibu dengan adik. memang selau buat, nanti kawan-kawan si irfan  ni datang..
   " assalamualaikum.... irfaaannn, nak beli aiskrim, "

haha comel jer,

alhamdullilah, ada jer yang datang beli, selalu yang beli bukan sebatang jer, kadang-kadang terus beli seringgit, dua ringgit.syukur. jadi seronok si irfan ni jual. pada mulanya si irfan ni jual 10sen sahaja..tanpa pengetahuan ibu, sebab sebelum ini aiskrim ni hanyalah untuk makan sendiri sahaja tiada niat untuk dijual,
mungkin si adik ketika bermain di luar petang-petang memberi tahu rakan-rakan yang lain,

 '' irfaan, awk jual berapa sen?''tanya ibu.
 " irfan jual seposen jer."

kami semua tergelak. alahai murah nyaa. bukan apa. ibu cakap alang-alang dah jual tu biar lah boleh guna untuk duit belanja irfan pergi sekolah. erm sedih ..



jom buat aiskrim!. :D

buat air gulaa. kacau.kacau









 si ngongakk.. haha :D


untuk di 'keraskaann' 



budak kecik teruja dapat aiskrimm..





sejukkk..

haha seronok buat dengan budak kecik ni, macam-macam perangai..

teringat aiskrim macam kat cameron, aiskrim strawberry.aiskrim mcm ni jugak. sedap. manis. pastu ada buah strawberry jugakk. sedap..makan kat cameron sejuk.sejuk. erm bila nak singgah cemeron lgi erk?

pastu ada jugak ili tgok kat cerita mukhsin, ada scene yang adibah noor  buat aiskrim. tapi aiskrim dia best.. mula-mula die masukkan coklat pekat, pastu die tuang susu.. waahh.. cam nak buat la.. bagaimanakah rasanya? mungkin kah seperti vanila shake atau coklat shake mcD? haha

kring..krinngg.. aiskrim..aiskrimmmmm.. :D



nota : terima kasih kpd model-model saya

ya Allah, kau permudahkan urusan ibu ayah ku.. 

doa untuk kedua ibu bapa

maksudnya :Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Monday, July 4, 2011

gila UBI

ahad lepas, sepatutnya ada ceramah kat masjid.. tapi tunda kot..


" kak, nak bawak apa kat masjid kejap lagi? "
" tak tau.. ibu nak masak apa? "


ubi yang di rebus


lepas 5 minit soalan ditanya, ili nampak ibu rebus ubi kayu. Pernah makan ubi kayu? pernahla kan tapi jarang-jarang.tak pun memang tak pernah langsung.. hehe rugi sangat-sangat tu.. tapi ili kat rumah ni. selalu-selalu.sebab alhamdullilah. rezeki allah, sejak duduk kat kampung ni, tak putus rezeki ada je. kejap pisang, kejap jagung.. berkat semangat ayah. :) 




ubi kayu


    mesti pernah dengar kan kalau nenek atau pun datuk kita cakap, orang dulu-dulu jarang dapat makan nasi, masa zaman jepun makan ubi kayu jer. hmm bila fikir-fikir balik. kalau makan ubi kayu hari-hari.. muakk. bukan apa. tu kat ili lah. sebab  ubi kayu manis, lemak2. sedap. memang lah, tapi.. banyak-banyak jadi muak. macam makan cheese.. hehe alhamdullilah..daat makan nasi. klu tak ada je yang takut makan nasi. hee




kalau yang tak pernah makan tu, tiba-tibalah ada rezeki makan, rasalah, mesti takut-takut kan, haha macam ili dulu.. em sombong. tak nak makan. takutla jugak. nampak pelik je..


 " ayah, sedap kee? "
 " tak sedap langsung. tak payah makan" 


padahal ayah makan tak pandang kiri kanan dah. nampak sangat nikmat dia, haihh.


adik-adik ili suka sangat macam-macam 'pesen' dorang makan..


sedap hingga menjilat jari..

yang cik abg ni makan dengan mayonise.ee pelik-pelik je..




hambikk.. haha satu sudu betul gula..irfan ni suka makan dengan gula.




ni feveret ili dgn ibu, gula merah. sedaappp. makan panas-panas lagi sedapp..

 tapi sebenarnya ili suka lagi gula merah yag tak dimasak lagi.. cicah dengan gula merah tu. sekutul-seketul gula dapat. haha. bahaya-bahaya.
adik sedara ili lagi lah suka sangat makan dengan susu pekat, macam-macam. ada makan dengan kari lah. gulai lemak lah.. haha.. 


lepas ni kalau ada ubi kayu kat rumah try lah.. :)


nota : alhamdullillah..
doa mendapat rezeki,:
makna : 
“Segala puji bagi Allah, yang telah memberi rezeki kepada ku dengan tiada daya dan kekuatan bagiku. Wahai Tuhan semoga Engkau berkati rezekiku.

Saturday, July 2, 2011

main masak.masak :)

    Jumaat semalam, ili dengan ibu baru balik dari merewang rumah makcik ada kenduri pada malam nya.
keluar je dari kereta ibu cakap,  "awak buat toping kek."   ili senyap jer.. aduhh tak minat.. ili tak minat sebenarnya nak buat kek ni.huhu
 masuk je dalam rumah ibu cakap lagi.. " tu ambil coklat dalam peti, buat lah, ibu penat.. "
 terus masuk dalam bilik.. 
            dan.... ili.. " hah??laaa.. hmmm..


dalam hati.. hmm malas nyee.. dah tak pernah buat. tak reti. pernah tengok jer.. macam mana ni..
nak tak nak kena buat jugakk. Ni lah ' untung ' jadi anak perempuan tunggul buat kerja sorang-sorang tak ada orang kacau. huhu. haha


ambil coklat, pergi bilik ibu..
               " ibu.. macam mana? nak pakai apa?


 ibu pun bagi tau, jadi ili ikut je lah pergi cari semua bekas. cari periuk kukus, vision. mungkin ada cara yang lain tapi ibu buat macam ni, ikut jelah. masuk kan air dalam bekas kukus tu.
masa nak masukkan air tu. tak yakin pun. keja rasa banyak sangat air. masuk lah air..
 kejap nanti rasa tak cukup air pulak. hehe


lepas tu, ambil majerin dua sudu, masukkkan dalam vision, dan vision di masuk kan dlm bekas kukus tu.
jadi bekas vision tu terapung.. masuk pulak setengah bar coklat. tunggu sampai cair..


patut nya tunggu air mendidih dulu baru masuk bahan-bahan tadi. tapi. tak sabar sangat. hmm..
pastu cuba la kacau-kacau. majerin tu dah agak cair. tiba-tiba adik datang..


     " kak, awak buat pe?"
     " uishh, akak buat ape? ili tanya balik.
 sampai adik datang, konon nak tolong. haru biru jadi nyaa..


bahan tadi semakin cair, adik ambil sudik konon nak kacau sekali. apa lah pakai sudik
posisi bekas vision tu tak stabil..
                       tiba-tiba..air termasuk dalam bekas.


                       ' BANJIR!!'


ili pandang adik, adik pandang ili..


         " haaa.. akak macam mana ni?"
         " hmm biar laa.. sikit jee.. "


seronok mengacau. coklat tidak cair lagi, majerin sudah larut. 


                AIR MASUK LAGI!


      "akak!!! ayokk.. " adik pergi..


  ili senyap tak tau nak buat ape..alamak takut.... mesti ibu marahh..terfikir.. kalau ibu tahu. habis la. yang kena aku sorang je..


erm masa tu baru teringat ayah cakap. " orang kalau kerja tak pernah nak ikhlas, tak jadi nyee, baik payah lah buat." ayat selalu kena dengan ayah masa dulu masak nasi tak jadi.. hahaha.
hmm. tersedar..


dengan lafaz bismillah, dalam kepala ni tiba-tiba pikir cepat je.yakin je..ili panggil adik keluarkan bekas,tukar bekas baru dan lebih besar. buang air sedikit. daann kacau ...


coklat cair. kacau sampai sebati... mesra gituu... :)
siap!! panggil adik. tolong agkat. coklat dituangkan atas kek.dan serta merta di ratakan takut sejuk nanti keras..


ada botol hijau yang tidak dikhendaki, kalau chefwan nampak memang kena maki.haha :D


 seronok pulak masa ratakan.. askar-askar datang.. sambil tuu.. " sedap hingga menjilat jari lah..
masing-masing comot.   periuk senduk sudik sudu semua licinn. haha tak payah basuh dahh.


seronok pulak.comot... pasni nak buat lagi lah. haha best!
    
walaaahh!! kek bodo-bodo nama nya.. haha


haa.. puasa nak dekat dah.
kuih raya pulakk.  :)





nota : apa yang penting buat kerja dengan ikhlas. kalau tak, kena cari ikhlas tu jugak baru berkat. dan bismillah.. huhu patut laa..memang tak mula dengan bismillah. hee. renung.renungkan selamat beramal. hee :D

Friday, June 24, 2011

hati

Yuna - Random Awesome Lyrics


it all began
at the show one weekend
i was a friend of your cousin said
"hey how you've been"
And with your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let's watch something random
turned to something awesome


And I smile I love no,
I laugh happier somehow
No I don't know what is up with me
I laugh too much recently
No, They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
what happened on your 24th birthday

It all began with a simple
confession

You had an urge to kiss me and
I was on the verge to miss you
and it happen,
no
we don't understand
no
i won't even budge
before we didn't hang out much
So save me in your playlist
so,
You wont forget this
And if this dont quite go your way
You'll still have me on replay

With your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let's watch something random
turned to something awesome

And I smile I love no,
I laugh happier somehow
No I don't know what is up with me
I laugh too much recently
No, They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
what happened on your 24th birthday



sorry.

wahai ibuu..


syukur alhamdulllilahh ya Rabb
semuanya berkat pergorbanan mu ibu,
kau bangun sebelum fajar,
kau persiapkan kami,
kau tidur wahai ibu,
setelah kami tidur,
atas menelaah untuk cita-cita mu ibu,

kebanggaan mu,
kebanggaan kami,
semangat kau utuh,
menggagumkan aku
sedangkan aku juga sedang berperang,
sedangkan hampir rebah,
tidak kau yang tegar berdiri,
sentiasa memberi dorongan kepada kami

wahai ibu
anakmu mohon doa mahupun keberkatan daripada mu,

agar aku jua mencapai sehebat mu
agar aku mendapat membalas keringat mu dan ayah

sungguh aku mencintai mu.

Tuesday, June 7, 2011

oh gadis,tanggungjawab mu..

 si gadis tersedar dari tidurnya terus meraba-raba mencapai talifon bimbit.
  ' eh dah 10.25 pagi? 'berkata sendiri..
kedengaran riuhan suara adik-adik yang sudah lama mengamati sinaran pagi.
selangakah ke luar bilik, mata si gadis melilau mencari ibu.. si gadis terpegun dan terpesona melihat ruang tamu dan dapur kemas dan tersusun.
 si ibu hanya memandang anaknya dan si gadis turut membalas dengan pandangan kosong.
si ibu berterusan bekerja.

si gadis mengambil tualanya untuk membersihkan diri.Sambil menyanyi di dalam bilik mandi,terdengar percikan minyak..
    monolog si gadis. 'ibu ni, dari tadi asik buat kerja..'

usai mandi dan berpakaian baharu, si gadis terus mendakap komputer ribanya.di ruang tamu.
 ayah pula menonton berita sambil menjamah kudap-kudap.
      tiba-tiba ibu datang mengerang kesakitan.. ibu mengadu kesakitan kepada ayah.
si gadis hanya memandang dan timbul rasa serba salah di dalam hatinya. ibu pun bangun terus masuk ke dalam bilik.

jam sudah 1.40petang. juadah makanan tengahari tidak disediakan lagi.
si gadis melihat ayahnya..'sian ayah.mesti lapar..penat.. lauk tak masak lagi.ibu pulak tak sihat...'

si gadis terus ke dapur.. 'adakah patut aku masak atau nak tunggu ibu..' si gadis dalam kebigungan..
melihat jam, jarum sudah hampir kepada pukul 2.. 'dah lewat ni..'sambil melihat lauk-lauk di dalam peti sejuk.

  hati berkata turut berdoa,' ahh.. buat je la.. Ya Allah, ampunilah aku, kerana aku tidak mampu menjadi anak yang baik untuk orang tua ku, Ya Allah, kau permudahkan urusan ku...
          tanpa melengahkan masa,si gadis terus memotong daging dan terusan melakukan tugas nya..

si adik datang. ' along.along masak ape? jawab si gadis. ' daging 'black paper'.. kenapa?'
si adik senyum 'tak ada apa, saja ja'

segalanya berlaku dengan perlahan tetapi terasa pantas. Hidangan siap!
si gadis mengemas meja dan hidangkan lauk dan nasi. lalu beliau memangil ayahnya dan adik-adik...
si gadis ke bilik, memanggil ibunya makan..
Puas si gadis melihat adik-adik nya, ayah dan ibunya. mereka makan penuh berselera..
si gadis bersyukur. Allah memudahkan urusannya..

tahniah si gadis, engkau berjya.
fikirklah yang terbaik untuk kau untuk menghadapi masa depan.
janganlah kau menunggu memanggil kau.pergi lah kepada mereka tanpa ragu-ragu.
cari lah tanggungjawab mu agar mereka menghargaimu..
dan kau mungkin juga akan menghadapi kelak di suatu hari nanti.
sesungguhnya kau dipilih untuk berkhidmat kepada mereka.
dan khidmatmu akan dibalas oleh Nya..

         Syukur ada keinsafan dalam dirimu, jika tidak pasti hati ibumu akan terguris dan mengharapkan mu tetapi tanpa menyelesaian..kerana ...
     ' dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu brsyukur,'( surah An-Nahl :77)





oh gadis, jadilah wanita.
persiapkan dirimu untuk ku menjadi ibu dan isteri pada masa hadapan.


Thursday, June 2, 2011

mengalah

' si adik khusyuk bermain 'game' di komputer ribanya
lalu..datang si abang tanpa memberi  isyarat mahupun meminta izin mencabut suis bateri dan terusan merampas komputer riba tersebut.
si adik hanya memandang dan senyap seakan redha.
dan si abg pergi...

 tiba-tiba lagu nyanyian yuna penakut bergema bagai mengiringi dan mengadili momen yang pantas itu..
        ' ini tidak adil,tidak adil bagi ku...
        ' ini tidak adil, tidak adil baginya...

haha

konklusi peristiwa tadi?
       
 " pentingkan diri sendiri? mengalah.? sabar?

alhamdulliallah, si adik mengalah dan ikut sahaja. Beliau sangat memahami abangnya, jika tidak, pasti masing-masing akan mempertahankan diri.dan bergaduh menunjukkan kehebatan masing-masing.
kasiahan si adik, tidak mengapalah adik..
              semoga Allah merahmatimu kerana berkat kesabaran mu.
semoga kau menjadi insan yang berguna untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu.. :)