Pages

Saturday, January 14, 2012

Terima Kasih S A H A B A T.



Bismillahirahmanirahim..

Sambil duduk-duduk selak nota-nota history archi yang baru ditukar.. alhamdullilah.. terima kasih sahabat kerana besama-sama berbincang dan bertukar nota. Terasa ringan sedikit untuk menghadapi peperiksaan isnin ini. Kelmarin masing-masing bertungkus lumus menyiapkan nota selepas dibahagikan tajuk.

Aku terasa agak sedikit berat kerana tajuk yang diberikan sudah agak lama tidak dibaca.  Terasa bertuah kerana rakan-rakan ku sangat mengambil berat tentang buku. Awal-awal lagi mereka sudah buat pinjaman buku di library.  Jadi .. semangat sedikit nak buat nota! sambil membuat nota sambil mendengar lagu-lagu cinta indah daripada Opick.

Apabila dibelek-belek mukasurat di baca.  Tiba tiba terdetik nasihat kak izzah  ketika usrah terakhir sebelum musim peperiksaan .

“ Ili, lecturer akak pernah cakap, kalau kita nak present, pastikan niat kita betul. Bukan hanya buat untuk lecturer atau pun kena buat presentation,kita pun buat ala kadar je. Buat sebab kita betul-betul nak bagi ilmu kat orang lain, nak bagi orang paham. Insyaallah. Semua kerja akan jadi ikhlas dan ilmu tu juga akan diberkati ’

Hee.. bila fikir-fikir balik memang betul pun. Kerja semua last minit. Semua nak siap secepat yang mungkin. Akhirnya.. aku sendiri tak paham apa yang aku nak sampaikan. Kan.. jadi niat itu pun di ubah sedikit ketika buat nota.. :)

Dan akhirnya study berjemaah dilaksanakan.umul kitab sebagai pembukaa majlis. masing-masing menerangkan mengikut tajuk masing-masing, makin banyak tahu.. lagi banyak pula tak tahu kan..kami pun berbincang sehinggalah magrib. Alhamdullilah magrib juga turut berjemaah.seronok !

Terima kasih  sahabat.terima kasih onie, wani, mira, along, tak lupa kak izi yang comel tersayang sebab pinjamkan nota-nota haritu.sangat membantu.. Sayang semua. Insyallah.. akan datang buat lagi. Semoga ukhuwah kita semakin utuh dan kekal dengan penuh keberkatan. 


Ya tuhan lindungi lah kami..berkatilah ilmu-ilmu kami. Tenangkanlah kami ketika menjawab peperiksaan. Semoga kami menggapai kejayaan di dunia mu dan diakhirat mu. Amin. :)



terima kasih sahabat... 

Monday, January 9, 2012

rindu ibu


bismillahirahmanirahim


Tiba-tiba terasa nak online setelah lama facebok di deactive kan...tiba-tiba terkejut.. terlihat satu post . terasa bahagia.terima kasih ya Allah..






ibu.... akak rindu ibu. inyaAllah akan ku buat yang terbaik..


 ya rahman ya rahim... aku merindui ibu dan ayah ku. berkatilah mereka. permudahkan urusan mereka..

aku cemburu.


Bismillahirahmannirahim.


Nyata hati aku gelisah akan berdepan dengan exam. Alhamdullilah. Habis sudah satu subjek sabtu lepas. Semuanya berjalan dengan baik dan hati aku juga tenang mengahadapi helaian kertas tersebut.

Selasainya hari sabtu, maka berdetiklah waktu untuk aku manghadapi hari rabu pula. Sungguh.. takut.. aku tidak bersedia. Menyesal pula pada waktu kelas intro structure dahulu, masuk dengan pen dan kertas, balik juga dalan posisi yang sama. Aduh.  Terasa berat nak ambil pen, calculator nak tekan-tekan. Rasa banyak perlu di cover. Rasa macam nak jerit. Teringat pulak keputusan addmath masa spm dulu, lagi bercampur.  
lalu  ayat-ayat al-quran dipasang minta hati ku  lebih tenang mendengar kalam-kalam tuhan ku..

aku cuba buat satu persatu soalan. Nyata banyak yang cuai. Bagai ada benda tersekat di dalam otak ku. Manghalang. Mungkin aku kepenatan.

aku cuba tenang. Lantas aku buka laptop. Aku terbuka blog ini yang selalu dikala lapang.
Tiba-tiba berderai air mata satu persatu. Kagum dengan penulis. Nampak hatinya dekat dengan tuhannya. Banyak ayat-ayat cinta dicoret kan untuk tuhannya. Aku cemburu. Tersentap.mungkin aku gelisah kerana jauh dari Nya.leka dengan kerja-kerja design yang tak siap-siap. Leka dengan dunia.  Ya Allah ampun kan aku. Aku merinduimu… aku tidak mahu jauh daripada mu. Aku sangat memerlukan mu. .






Thursday, December 15, 2011

C A R I




aku punya cita cita
bagai mendaki titiwangsa
mendongak ku ke atas
masih tinggi mahu ku capai

jauh pula mahu ku kejar
aku terus mengejar
sungguh aku mengejar
tapi terasa lambat
bagai kaki rentap kuat
bagai laluan di tentang di sekat

lalu ku jatuh
mencari tangan untuk dihulur
tangan pula dipotong deras

aku mencari
aku mencari

laluan yang terang 
laluan yang tenang

tapi masih mencari
terus mencari..



K E R D I L

Diri rasa kerdil 
Diri rasa hina
aku cuba bangun
tapi bagai graviti terlalu berat

aku cuba capai 
mungkin akan sampai
tapi sakit terasa kebas

aku tunduk
aku jatuh
jatuh tersungkur
bagai ada yang menolak
lalu ku toleh
tiada yang melintas

lalu aku melentang
sedetik pandang langit ke atas
ku pandang biru,
tenang.
sedetik pandang hitam tiba,
gelisah,

aku mencari
aku mencari

hitam kembali biru
gelisah kembali tenang.




Sunday, November 13, 2011

jangan



jangan menangis..
jangan menangis..
jangan menangis..   kuat..
menangis la... kalau kau merindui Dia..
Dia sentiasa untuk kau..








jangan menangis..




Friday, September 23, 2011

terasa semakin, sangat,rindu

bismillahirahmanirahim..

dah hujung syawal ni... terasa rindu ramadhan.. 

dah habis cuti ni.. rindu ibu ayah..adik-adik

dah masuk kelas ni, rindu sepupu berkupu kupu....


pernah masa kecik-kecik dulu... masa cuti duduk dekat rumah nenek belah ayah..

   'tira.. kak ain nak tanya ni..tira sayang wan chik (mak kepada ayah) wan nor (mak kepada ibu)?

terkedu jugak tanye soalan macamni.. dah la wan chik ada kat sebelah je..

  'alaaa.. kenapa. sayang dua-dua laa....'
  'tak boleh. jawab satu jelaaaa..' 
  ' em.. entah.. dua dua laa.. ala k.ain tu, sayang wan cik ke wan penang??'
  ' hehe.. kak ain tanya tira dulu... haa haa.."

haha.. kelakar bila ingat balik. di sebabkan rumah ayah dengan ibu dekat sangat-sangat dan mungkin ili selalu ada kat rumah wan belah ibu, mesti lah diaorang tanya.. masa tu wan chik senyum je dengar.. haih.. hahaha..

 apa yang penting semua sama je.. wan cik ke wan nor ke.. kak ain ke. kaklong ke. semuaaa tira sayang, rinduu..dan sudah terasa rindu sangat-sangat.. :'') tapi nampak kan macam rindu kat kak ain. hahaha.. KAK AIN rinduuu.. :D

alhamdullilah. raya ni raya kat umah wan chik, tahun ni dapat duit raya lagi dengan kak ain... wahh seronok seronokk.. insyaAllah.. kalau umur panjang. ada lagi raya untuk kita bersama.. semoga tak terlambat lagi nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin....


sepupu berkupu-kupu

cucu wan yang cun.. :D



mereka yang machoo.. 

nota : alhamdullilah.,wan atok saya sihat dan ceriaa.. semoga keluarga tok Husain kami dilindungi dan di rahmati Allah.. aminn.. :)
*gambar yang belah wan nor.  akan dtg ea.. heee. :D